Saturday, July 9, 2011

WONDERPETS

Aku rasa citer ni dah 5 tahun kat tv9...masa tu anak aku si Laila kecik lagi...sekarang Laila dah prasekolah tapi masih lagi mengadap tv tengok wonderpets..tapi kali ni Laila dan Ilham...walaupun citenya berulang-ulang...anak aku kemain seronok tengok..kalu tukar stesen lain...alamat bisinglah budak dua ni...
Serba sedikit tentang Wonderpets.
Wonder Pets ialah sebuah siri animasi keluaran Amerikan Syarikat yang muncul buat pertama kali pada 2006. Mulai 2008, Wonder Pets telah dialih bahasa ke bahasa Malaysia di TV9. Wonder Pets telah dicipta oleh Josh Selig.Watak-watak utama Wonder Pets ialah tiga ekor haiwan peliharaan, iaitu Linny the Guinea – Pig (tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura) dan Ming-Ming Duckling (itik). Mereka bersatu menjadi tiga wira yang menyelamatkan haiwan dalam kesusahan sambil menunjukkan manfaat nilai bekerjasama.Animasi ini bermula dari filem ringkas yang berjudul ”The New Adventures of Linny the Guinea Pig,” di mana Linny mengembara ke angkasa lepas dan lautan bersendirian. Kemudian barulah tercipta watak Ming-Ming Dukling dan Turtle Tuck. Dari situ, lahirlah Wonder Pets! Menariknya, kebanyakan dialog di dalam Wonder Pets dinyanyikan. Itulah keistimewaan Wonder Pets.
Semua murid-murid mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah selepas tamat sesi persekolahan. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan berbunyi berdering telefon tin. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan.

No comments:

Post a Comment