Sunday, July 10, 2011

MAHARAJA LAWAK 2011



Sejak Maharaja Lawak habis ni...hidupku sepi pulak ... kalau tak boleh guna punchline peserta maharaja lawak yang kelakar giler tu ...aku paling minat kumpulan sepah ..almaklumlah ...orang Johor ..dah tentu lah aku paham bebenor apa yang mereka nak sampaikan ..paling penting kalau nak buat lawak ialah sebutan ..kalau ada telor tu yang payah sikit otak nak proses...ada sekali tu live dari JB ..aku beria-ia nak g amik tiket..tapi dengar kat radio sinar bagitau depan stadium jam gile orang beratur nak amik tiket...so telan air liur je lah ...lastly tengok youtube gak ...tapi puas hati la sebab peserta final ni semuanya mantap belaka...oklah ...aku nak layan balik lawak Kumpulan Sepah nih ..lama tak tengok dia orang...peace... (sedikit info Kumpulan Sepah dari wikipedia)
Kumpulan Sepah merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak dan johan Maharaja Lawak 2011. Kumpulan dari Johor ini cukup dikenali menerusi rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom. Sepah dianggotai tiga orang anak muda iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat), Shahmira Muhammad (Shuib) dan Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jeff). Shuib merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah. Mereka berkongsi hadiah lumayan RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib johan ialah kumpulan Jozan (Mohd Yazid Lim Mohd. Aziz (Johan) dan Mohd. Razizan Abd. Razak (Zizan)) yang membawa pulang RM250.000 beserta tropi. Nabil (Ahmad Nabil Ahmad) menduduki tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM150.000 berserta tropi. Kumpulan Jambu (Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh)) menduduki tempat ke-4 dan membawa hadiah wang tunai RM50,000 berserta tropi.

No comments:

Post a Comment