1.Apakah itu strok?
Strok adalah satu situasi di mana otak mengalami pendarahan disebabkan saluran darah yang telah pecah. Juga disebabkan terdapat bekuan di saluran darah yang menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat dibekalkan ke tisu-tisu otak. Ini akan menyebabkan sel-sel tisu otak mati sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.
2.Simptom-simptom strok
1.Badan menjadi lemah, dan kebas secara tiba-tiba
2.Pandangan menjadi kabur sama ada sebelah atau kedua-dua belah secara tiba-tiba
3.Sakit kepala yang melampau
4.Pening-pening, bermasalah dalam berjalan dan tidak stabil
5.Kesukaran bercakap, dan tidak memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
6.Hilang ingatan
3.Teknik untuk menguji sama ada seseorang mengalami strok.
Bercakap, Lambai dan Senyum
•Bila diminta untuk senyum, cuba lihat sama ada sebelah daripada bahagian muka jatuh atau tidak.
•Bila diminta untuk mengangkat kedua-dua belah tangan adakah salah satu tangan tersebut akan jatuh dengan perlahan?
•Tanya sama ada mereka boleh ulang ayat yang kita sebut. Cuba lihat sama ada terdapat masalah dalam percakapan.
Kritikal! Telefon ambulan dengan serta merta sekiranya anda nampak tanda-tanda ini!

No comments:
Post a Comment