Saturday, July 9, 2011

JERAWAT

Bangun pagi ni rasa muka macam gatal...garu la jap...peh..jerawat timbul lagi..pelik gak pasal dah tua-tua macam ni jerawat masih nak bermanja-manja ngan diriku ...pastu nak tumbuh tang tempat yang orang boleh nampak plak.... sabo jelah...kata orang kalu jerawat masih tumbuh maksudnya kulit kita masaih remaja lagi ...ada ka???? macam tak logika la pulak... takper la ..kita tengok apa sebenarnya jerawat ni... (sumber wikipedia malaysia) .Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.) Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan. Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Petua : Kecutkan Jerawat!!
Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..InsyaAllah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita !! Cuba jaya ....

No comments:

Post a Comment