Thursday, July 28, 2011
Insya Allah : Maher Zain featuring Fadli Padi
Insya Allah...
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
Tuesday, July 12, 2011
Kemaafan
It's sad, so sad
It's a sad, sad situation.
And it's getting more and more absurd.
It's sad, so sad
Why can't we talk it over?
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word
Sunday, July 10, 2011
MAHARAJA LAWAK 2011
Sejak Maharaja Lawak habis ni...hidupku sepi pulak ... kalau tak boleh guna punchline peserta maharaja lawak yang kelakar giler tu ...aku paling minat kumpulan sepah ..almaklumlah ...orang Johor ..dah tentu lah aku paham bebenor apa yang mereka nak sampaikan ..paling penting kalau nak buat lawak ialah sebutan ..kalau ada telor tu yang payah sikit otak nak proses...ada sekali tu live dari JB ..aku beria-ia nak g amik tiket..tapi dengar kat radio sinar bagitau depan stadium jam gile orang beratur nak amik tiket...so telan air liur je lah ...lastly tengok youtube gak ...tapi puas hati la sebab peserta final ni semuanya mantap belaka...oklah ...aku nak layan balik lawak Kumpulan Sepah nih ..lama tak tengok dia orang...peace... (sedikit info Kumpulan Sepah dari wikipedia)
Kumpulan Sepah merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak dan johan Maharaja Lawak 2011. Kumpulan dari Johor ini cukup dikenali menerusi rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom. Sepah dianggotai tiga orang anak muda iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat), Shahmira Muhammad (Shuib) dan Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jeff). Shuib merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah. Mereka berkongsi hadiah lumayan RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib johan ialah kumpulan Jozan (Mohd Yazid Lim Mohd. Aziz (Johan) dan Mohd. Razizan Abd. Razak (Zizan)) yang membawa pulang RM250.000 beserta tropi. Nabil (Ahmad Nabil Ahmad) menduduki tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM150.000 berserta tropi. Kumpulan Jambu (Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh)) menduduki tempat ke-4 dan membawa hadiah wang tunai RM50,000 berserta tropi.
SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Saturday, July 9, 2011
WONDERPETS
Serba sedikit tentang Wonderpets.
Wonder Pets ialah sebuah siri animasi keluaran Amerikan Syarikat yang muncul buat pertama kali pada 2006. Mulai 2008, Wonder Pets telah dialih bahasa ke bahasa Malaysia di TV9. Wonder Pets telah dicipta oleh Josh Selig.Watak-watak utama Wonder Pets ialah tiga ekor haiwan peliharaan, iaitu Linny the Guinea – Pig (tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura) dan Ming-Ming Duckling (itik). Mereka bersatu menjadi tiga wira yang menyelamatkan haiwan dalam kesusahan sambil menunjukkan manfaat nilai bekerjasama.Animasi ini bermula dari filem ringkas yang berjudul ”The New Adventures of Linny the Guinea Pig,” di mana Linny mengembara ke angkasa lepas dan lautan bersendirian. Kemudian barulah tercipta watak Ming-Ming Dukling dan Turtle Tuck. Dari situ, lahirlah Wonder Pets! Menariknya, kebanyakan dialog di dalam Wonder Pets dinyanyikan. Itulah keistimewaan Wonder Pets.
Semua murid-murid mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah selepas tamat sesi persekolahan. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan berbunyi berdering telefon tin. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan.
JERAWAT
Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..InsyaAllah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita !! Cuba jaya ....
KFC MALAYSIA
Then... tengok komen DIRECTOR KFC.... memang tak patut la bebudak tu buat macam ni...menjejaskan imej KFC je...apalagi imej MALAYSIA... kita ni kan pekerja..tak rasa BERDOSA hidang makanan macam tu...kalau nak kerja dan hidup ini diberkati..kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh..kalau suka sangat ngan benda2 koto apply je keja angkat sampah... ok.. aku rasa pekerja yang angkat sampah @tombot tu lagi mulia daripada korang....fikir-fikirkanlah...
Friday, July 8, 2011
FILEM : KL GANGSTER
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".
Thursday, July 7, 2011
KELAHIRAN
2. Bayi terancam. olih preeklampsia ( darah tinggi, albumin dalam kencing dan bengkak kaki), pertumbuhan bayi bolih terencat , nyawa ibu bolih terancam jika berlaku 'sawan beranak'/ eclamptic fit
3 .Diabetes, pertumbuhan bayi terlalu besar dan sukar lahir normal, bayi bolih mati sebelum cukup bulan
4. 'Placental insufficiency' sebab kerosakan uri - dan kesannya ialah bayi tidak membesar/rendah berat badan atau IUGR.
3. Permintaan ibu untuk tarikh lahir tertentu atau sebab2 peribadi
Induction perlu dilakukan bila bayi sudah cukup bulan iaitu antara 37-40 minggu umur kandungan dan dianggarkan berat badan bayi bila lahir melebihi 2.5 kg
Punca-punca sakit bersalin yang berpanjangan...
1. Kehamilan anak pertama, khususnya jika rongga pongong sempit khususnya jika ukuran tinggi kurang dari 150 cm, dan kedudukan kepala tidak normal.
2. Saiz bayi besar , biasanya dikaitkan dengan pengidap diabetes waktu hamil, sejarah diabetes dalam keluarga, kegemokkan dan pemakanan karbohaidret dan gula yang berlebihan
3. Kedudukan kepala bayi luar biasa ketika masuk dalam rongga ponggong - sengit / asynclitism (lihat rajah dibawah). occiput posterior (OP) atau muka dongak keatas (face to pubis), sebaiknya muka bayi menghadap kearah saluran najis ibu ketika labour dan lahir atau occiput anterior (OA). Kedudukan2 OP dan sengit kepala tersebut menyekat pejalanan kepala bayi melului rongga ponggong ibu.
Strok
Strok adalah satu situasi di mana otak mengalami pendarahan disebabkan saluran darah yang telah pecah. Juga disebabkan terdapat bekuan di saluran darah yang menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat dibekalkan ke tisu-tisu otak. Ini akan menyebabkan sel-sel tisu otak mati sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.
2.Simptom-simptom strok
1.Badan menjadi lemah, dan kebas secara tiba-tiba
2.Pandangan menjadi kabur sama ada sebelah atau kedua-dua belah secara tiba-tiba
3.Sakit kepala yang melampau
4.Pening-pening, bermasalah dalam berjalan dan tidak stabil
5.Kesukaran bercakap, dan tidak memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
6.Hilang ingatan
3.Teknik untuk menguji sama ada seseorang mengalami strok.
Bercakap, Lambai dan Senyum
•Bila diminta untuk senyum, cuba lihat sama ada sebelah daripada bahagian muka jatuh atau tidak.
•Bila diminta untuk mengangkat kedua-dua belah tangan adakah salah satu tangan tersebut akan jatuh dengan perlahan?
•Tanya sama ada mereka boleh ulang ayat yang kita sebut. Cuba lihat sama ada terdapat masalah dalam percakapan.
Kritikal! Telefon ambulan dengan serta merta sekiranya anda nampak tanda-tanda ini!