Friday, November 4, 2011

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal

























1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

Thursday, October 27, 2011

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.




Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TI...DUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..

Tuesday, October 25, 2011

Elak Sihir Di Kedai Makan

CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS

C...ara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an

2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir

3. Sebelum para muslim meridhoi kamu

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh"

Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an." Bismillaahir rohmaanir rohiim,

Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid' walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3x)

2. "Membaca sholawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa'at di hari kiamat“. Bismillaahir rohmaanir rohiim, Allahumma shollii 'alaa Muhammad wa'alaa alii Muhammad (3x)“

3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhoi kamu“. Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)

4. "Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh“.

Bismillaahir rohmaanir rohiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha Illallahu Allahu akbar (3x)

*Untuk bisa d jadikan amalan kita bersama.

Kalau berkenan silahkan d broadcast ke saudara Muslim yang lain. RasuIullah saw bersabda ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang kekal bagi orang yang mengajarnya, meski hanya 1 ayat,dan meskipun kita sudah meninggal dunia......

by KUMPULAN DOA-DOA ISLAM SEHARI-HARI

DOA DIBERIKAN KESIHATAN

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, dia berkata, “Di antara doa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

“ALLOOHUMMA INNII A’UUDZU BIKA MIN ZAWAALI NI’MATIK, WA TAHAWWULI ‘AAFIYATIK, WA FUJAA’ATI NIQMATIK, WA JAMII’I SAKHOTHIK”

[Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu]. (HR. Muslim no. 2739).

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK


1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lu...pa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.


Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Thursday, July 28, 2011

Insya Allah : Maher Zain featuring Fadli Padi


Insya Allah...
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Tuesday, July 12, 2011

Kemaafan


Mood minggu lepas tak berapa baik...ada sesuatu yang terpendam sekian lama akhirnya terbongkar dek tidak mampu ditanggung lagi...amarah yang membakar disimbah air salju kemaafan... sebagai manusia yang melakukan kesilapan kita seharusnya bersedia mendengar penjelasan, menganalisis dan membuat interpretasi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kelak..mungkin pada masa itu pandangan masih kabur lalu bersedia memaafkan...tapi apabila difikirkan semua...hati tambah sayu kerana perlu mengingatkan semula peristiwa yang berkait... jelas ternyata salah siapa???akukah??diakah??lantas hati ini semakin celaru..hingga tiada tangisan untuk ku luahkan rasa hatiku... jauh dari lubuk hati telah aku memaafkannya...semoga dia berubah sebaik-baiknya...Ya Allah lindungilah dia dan kami dari azab-Mu...



It's sad, so sad
It's a sad, sad situation.
And it's getting more and more absurd.
It's sad, so sad
Why can't we talk it over?
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word

WALLPAPER COMEL

Wallpaper yang kreatif..boleh jadi penghias desktop anda...




Sunday, July 10, 2011

MAHARAJA LAWAK 2011



Sejak Maharaja Lawak habis ni...hidupku sepi pulak ... kalau tak boleh guna punchline peserta maharaja lawak yang kelakar giler tu ...aku paling minat kumpulan sepah ..almaklumlah ...orang Johor ..dah tentu lah aku paham bebenor apa yang mereka nak sampaikan ..paling penting kalau nak buat lawak ialah sebutan ..kalau ada telor tu yang payah sikit otak nak proses...ada sekali tu live dari JB ..aku beria-ia nak g amik tiket..tapi dengar kat radio sinar bagitau depan stadium jam gile orang beratur nak amik tiket...so telan air liur je lah ...lastly tengok youtube gak ...tapi puas hati la sebab peserta final ni semuanya mantap belaka...oklah ...aku nak layan balik lawak Kumpulan Sepah nih ..lama tak tengok dia orang...peace... (sedikit info Kumpulan Sepah dari wikipedia)
Kumpulan Sepah merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak dan johan Maharaja Lawak 2011. Kumpulan dari Johor ini cukup dikenali menerusi rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom. Sepah dianggotai tiga orang anak muda iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat), Shahmira Muhammad (Shuib) dan Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jeff). Shuib merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah. Mereka berkongsi hadiah lumayan RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib johan ialah kumpulan Jozan (Mohd Yazid Lim Mohd. Aziz (Johan) dan Mohd. Razizan Abd. Razak (Zizan)) yang membawa pulang RM250.000 beserta tropi. Nabil (Ahmad Nabil Ahmad) menduduki tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM150.000 berserta tropi. Kumpulan Jambu (Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh)) menduduki tempat ke-4 dan membawa hadiah wang tunai RM50,000 berserta tropi.

SEDETIK LEBIH

Lirik Sedetik Lebih – Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Saturday, July 9, 2011

WONDERPETS

Aku rasa citer ni dah 5 tahun kat tv9...masa tu anak aku si Laila kecik lagi...sekarang Laila dah prasekolah tapi masih lagi mengadap tv tengok wonderpets..tapi kali ni Laila dan Ilham...walaupun citenya berulang-ulang...anak aku kemain seronok tengok..kalu tukar stesen lain...alamat bisinglah budak dua ni...
Serba sedikit tentang Wonderpets.
Wonder Pets ialah sebuah siri animasi keluaran Amerikan Syarikat yang muncul buat pertama kali pada 2006. Mulai 2008, Wonder Pets telah dialih bahasa ke bahasa Malaysia di TV9. Wonder Pets telah dicipta oleh Josh Selig.Watak-watak utama Wonder Pets ialah tiga ekor haiwan peliharaan, iaitu Linny the Guinea – Pig (tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura) dan Ming-Ming Duckling (itik). Mereka bersatu menjadi tiga wira yang menyelamatkan haiwan dalam kesusahan sambil menunjukkan manfaat nilai bekerjasama.Animasi ini bermula dari filem ringkas yang berjudul ”The New Adventures of Linny the Guinea Pig,” di mana Linny mengembara ke angkasa lepas dan lautan bersendirian. Kemudian barulah tercipta watak Ming-Ming Dukling dan Turtle Tuck. Dari situ, lahirlah Wonder Pets! Menariknya, kebanyakan dialog di dalam Wonder Pets dinyanyikan. Itulah keistimewaan Wonder Pets.
Semua murid-murid mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah selepas tamat sesi persekolahan. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan berbunyi berdering telefon tin. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan.

JERAWAT

Bangun pagi ni rasa muka macam gatal...garu la jap...peh..jerawat timbul lagi..pelik gak pasal dah tua-tua macam ni jerawat masih nak bermanja-manja ngan diriku ...pastu nak tumbuh tang tempat yang orang boleh nampak plak.... sabo jelah...kata orang kalu jerawat masih tumbuh maksudnya kulit kita masaih remaja lagi ...ada ka???? macam tak logika la pulak... takper la ..kita tengok apa sebenarnya jerawat ni... (sumber wikipedia malaysia) .Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.) Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan. Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Petua : Kecutkan Jerawat!!
Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih. Amalkan selalu..InsyaAllah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita !! Cuba jaya ....

KFC MALAYSIA

KFC ??? Memang makanan favourite kami sekeluarga...baru semalam makan..memang enak... tapi pagi ni aku bangun then tengok kat yahoo...ada plak video menjijikkan tentang pekerja KFC yang KURANG AJAR ketika menyediakan ayam goreng siap tunjuk ayam tu dia selet kat kasut dia...terus nak muntah aku jadinya...ishhhh... macam mana ...logo je halal tapi belum tentu suci...ada ke patut kita orang nak makan bekas tapak kasut dia...dah tu siap gelak-gelak lagi..memang tak bermoral betol..anak sapa lah tu....ni video dia...

Then... tengok komen DIRECTOR KFC.... memang tak patut la bebudak tu buat macam ni...menjejaskan imej KFC je...apalagi imej MALAYSIA... kita ni kan pekerja..tak rasa BERDOSA hidang makanan macam tu...kalau nak kerja dan hidup ini diberkati..kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh..kalau suka sangat ngan benda2 koto apply je keja angkat sampah... ok.. aku rasa pekerja yang angkat sampah @tombot tu lagi mulia daripada korang....fikir-fikirkanlah...

Friday, July 8, 2011

FILEM : KL GANGSTER



Aku ngan suami tonton filem ni 2 kali ...first time suami aku puji dia tak boring tengok cite Melayu...tapi memang best cite ni sebab kita tak sempat nak mengantuk..semua scene dalam cite ni memang tak boring...paling best tengok adegan fight...oklah tak meleret-leret dengan dialog ntahapahapantah macam cite lain......tapi bila ingat-ingat balik macam cite Hongkong tapi tak ingat pelakon atau tajuk cite Hongkong tu... apapun tahniah untuk Shamsul Yusof kerana catat kutipan tertinggi dalam sejarah filem Melayu... u're best bro !!!! ehheheheh...


Sinopsis :
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".

Jom tonton preview filem KL Gangster :


Thursday, July 7, 2011

KELAHIRAN

VIDEO : KEAJAIBAN KEJADIAN MANUSIA

Saya sangat teruja jika bercerita tentang kehamilan dan kelahiran. Setiap wanita tidak mendapat simptom atau gejala yang sama ketika hamil atau kelahiran. Alhamdulillah bagi kedua-dua anak yang saya kandung, saya tidak mengalami sebarang alahan. Namun demikian , ketika kelahiran anak saya mengalami masalah yang tidak dijangka. Kedua-dua anak saya melepasi tarikh jangkaan bersalin... lebih kurang 10 hari pada tarikh sepatutnya... apalagi kena check in hospital la jawabnya... masa check in tu saya langsung tak takde rasa sakit nak bersalin... masuk bilik screening pun doktor cakap bukaan hanya 2cm.... ada gak ibu yg mengandung tu masuk bilik screening jap lagi dah siap dah bersalin...

Duduk la saya dalam wad memerhatikan pesakit lain bersama-sama anak mereka...pagi2 tu nurse panggil masuk bilik doktor....doktor memasukkan sejenis ubat berbentuk pil..katanya ubat tu nak mulakan resa bersalin ..doktor suruh baring jer lepas masuk ubat melalui faraj...lepas 2 jam bersenang lenang atas katil ..tiba-tiba terasa sakit yang amat sangat di bahagian belakan badan...fuhhhh.... pusing kiri salah...pusing kanan salah.... saya dia jer menahan sakit sehinggalah bapa mentua datang melawat saya... katanya apa rasa ??? saya jawablah ..saki bah...tiba-tiba keluar darah berketul-ketul.... pehhhh....memang tak terkata la sakitnya ...then saya ke billik air... suami pun datang.... tanya rasa apa ...saya jawab sakitlah...masa tu tak tau pulak yang tu sakit bersalin rupanya....hampir 5 jam saya menanggung sakit.... then nurse datang check degupan baby... dia kata saya saya dah nak bersalin ni.... kenapa tak beritahu nurse yang saya sakit...manalah saya tau ...sekali lagi saya diusung ke bilik doktor untuk check bukaan ...sebaik saja tangan doktor dimasukkan...air ketuban pecah.... panas je rasanya...dengan segera saya dihantar kebilik bersalin..masa tu jam 12.30 tengah hari 27.9.2005.

Suami saya datang menemani...kononnnya nak tengok baby keluar....saya masih sakit..setipa kali check bukaan ...saya dikatakan mengalami poor progress.... hanya 6cm setiap jam yang di check....nurse yang jaga saya pun dah 2 kali bertukar shift namun saya tidak juga melahirkan..kesian suami ... menemani saya sepanjang hari..tak sempat makan dan minum... saya pula meracau-racau masa sakit...suamilah yang selalu menyedarkan saya untuk mengucap...ingat Allah...tapi semasa saya sakit bersalin tu saya seakan-akan melihat flash back sepanjang hidup saya...entahlah... jam 5 ptg doktor datang...suami saya merayu pada doktor agar saya dibedah kerana dia tak sanggup melihat saya sakit...doktor mencadangkan saya bersalin normal kerana tak banyak risiko...

Jam 11 malam, nurse masuk dan menyatakan saya perlu dibedah kerana air ketuban makin berkurangan..saya disiapkan untuk jalani pembedahan...jam 3 saya disorong ke bilik pembedahan..masa tu saya dah larat nak berfikir...apa saya yang ditanya saya angguk sahaja...berserah segalanya pada NYA.....Saya dibius separuh badan... alhamdulillah jam 3.25pagi 28.9.2005 setelah hampir 15 jam menanggung sakit...saya melahirkan seorang bayi perempuan yang comel seberat 2.98kg::: LAILA NASUHA...

Berikut adalah sebab-sebab seseorang ibu perlu diindius......

1. Melebihi tarikh jangka lahir/EDD . Jika umur kandungan antara 41-42 minggu dan masih tidak lahir, induction perlu dilakukan.
2. Bayi terancam. olih preeklampsia ( darah tinggi, albumin dalam kencing dan bengkak kaki), pertumbuhan bayi bolih terencat , nyawa ibu bolih terancam jika berlaku 'sawan beranak'/ eclamptic fit
3 .Diabetes, pertumbuhan bayi terlalu besar dan sukar lahir normal, bayi bolih mati sebelum cukup bulan
4. 'Placental insufficiency' sebab kerosakan uri - dan kesannya ialah bayi tidak membesar/rendah berat badan atau IUGR.
3. Permintaan ibu untuk tarikh lahir tertentu atau sebab2 peribadi
Induction perlu dilakukan bila bayi sudah cukup bulan iaitu antara 37-40 minggu umur kandungan dan dianggarkan berat badan bayi bila lahir melebihi 2.5 kg
Punca-punca sakit bersalin yang berpanjangan...
1. Kehamilan anak pertama, khususnya jika rongga pongong sempit khususnya jika ukuran tinggi kurang dari 150 cm, dan kedudukan kepala tidak normal.
2. Saiz bayi besar , biasanya dikaitkan dengan pengidap diabetes waktu hamil, sejarah diabetes dalam keluarga, kegemokkan dan pemakanan karbohaidret dan gula yang berlebihan
3. Kedudukan kepala bayi luar biasa ketika masuk dalam rongga ponggong - sengit / asynclitism (lihat rajah dibawah). occiput posterior (OP) atau muka dongak keatas (face to pubis), sebaiknya muka bayi menghadap kearah saluran najis ibu ketika labour dan lahir atau occiput anterior (OA). Kedudukan2 OP dan sengit kepala tersebut menyekat pejalanan kepala bayi melului rongga ponggong ibu.

Strok

Strok atau angin ahmar merupakan penyakit yang amat digeruni kerana boleh menyerang manusia bila-bila masa tanpa mengenal keturunan, bangsa dan usia. Apakah sebenarnya yang dikatakan strok ini ?

1.Apakah itu strok?

Strok adalah satu situasi di mana otak mengalami pendarahan disebabkan saluran darah yang telah pecah. Juga disebabkan terdapat bekuan di saluran darah yang menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat dibekalkan ke tisu-tisu otak. Ini akan menyebabkan sel-sel tisu otak mati sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

2.Simptom-simptom strok
1.Badan menjadi lemah, dan kebas secara tiba-tiba
2.Pandangan menjadi kabur sama ada sebelah atau kedua-dua belah secara tiba-tiba
3.Sakit kepala yang melampau
4.Pening-pening, bermasalah dalam berjalan dan tidak stabil
5.Kesukaran bercakap, dan tidak memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
6.Hilang ingatan

3.Teknik untuk menguji sama ada seseorang mengalami strok.
Bercakap, Lambai dan Senyum
•Bila diminta untuk senyum, cuba lihat sama ada sebelah daripada bahagian muka jatuh atau tidak.
•Bila diminta untuk mengangkat kedua-dua belah tangan adakah salah satu tangan tersebut akan jatuh dengan perlahan?
•Tanya sama ada mereka boleh ulang ayat yang kita sebut. Cuba lihat sama ada terdapat masalah dalam percakapan.
Kritikal! Telefon ambulan dengan serta merta sekiranya anda nampak tanda-tanda ini!